Translate

Jumaat, 1 Mac 2013

Kata –kata power SINONIM & ANTONIM


signifikan: kepentingan
diadaptasikan: diubah suai
relevan: rasional, benar
menggesa: mendesak, mengarahkan
diimplementasikan: dilaksanakan
nafsi: pentingkan diri
dominan: berpengaruh
ironinya: sebaliknya, yang bertentangan
mangkin yang efektif: usaha yang berkesan
proaktif: maju
membejat: mengekang, mengatasi
sementelahan pula: tambahan lagi
kemenjadian: perihal menjadi, perihal sesuatu
agen perpaduan: pengaruh kesepunyaan kaum
nafsi perkauman: sifat kesepunyaan kaum
holistik: menyeluruh
rencaman: pelbagai
wadah: alat
kontemporari: zaman kini, era baru
meledakkan: meninggikan
indikator: penunjuk, penanda aras                                                                                                           pro dan kontra: kebaikan dan keburukan
 mengobservasi: memantau, melihat
 ikhtiar: langkah-langkah, usaha
 menekan kemajuan: memperlahankan
 marcapada: kini
 cenderung: lebih gemar
 menggunung: banyak, membukit
 kotak pemikiran: pemikiran
 tulang belakang: tunjang, sendi utama
 norma: adat, kebiasaan 
 eksploitasi: mengambil kesempatan
 sebagai intiha: sebagai contoh
 variasi: pelbagai, berbagai-bagai
 polemik: isu
 efektif: berkesan
 memandang sebelah mata: melihat mudah, tidak serius
 memacu: menyokong, mendorong
 rumpun: negara
 pentarbiahan: pendidikan
 keterjelmaan: kejayaan, keterampilan                                                                           marcapada: kini
 jasmani: jasad, tubuh
 emosi: perasaan
 rohani: roh, semangat
 intelek: ilmu
 inisiatif: ikhtiar
 ironinya: sebaliknya yang berlaku
 obsesi: kegemaran
 anjakan paradigma: lonjakan ke tahap yang lebih baik
 alpa: lupa, leka
 dominan: berpengaruh
 mengerling: memandang
 enteng: mudah
 mengerling enteng: memandang sebelah mata, tidak ambil berat
 mangkin yang efektif: usaha yang berkesan
 holistik: menyeluruh
 pragmatis: praktikal, mudah diamalkan tetapi masih berkesan
 sudah terhantuk baru terngadah: timbul kekesalan selepas sesuatu berlaku
                                                    dominan: pengaruh/kuasa

 eksplisit: dinyatakan secara terang-terangan
 simbolik: sebagai simbol/perlambangan
 ditongkah: ditempuhi
 silabus: sukatan pendidikan
 memangkinkan: menyemarakkan/meningkatkan
 gemblengan: paduan/kerjasama
 masyhur: terkenal
 wadah: medium/medan
 Akhirulkalam: kesimpulannya, konklusinya 
 kemenjadian: hasil yang positif                                                                                                         pandemik- penyakit berjangkit yang merebak ke serata dunia
terkesan- memberikan impak
pentarbiahan- pendidikan, pelajaran
nafsi- pentingkan diri
membukit- tinggi, menggunung
gelombang- wabak
bermaharajalela- berkuasa, terus berlaku
import- masuk
eksport- keluar
Tuntasnya- kesimpulannya, akhirulkalam
polemik- isu, perdebatan
Dasawarsa ini- dewasa ini, kini 
heterogen- pelbagai, berbagai-bagai
ghalibnya- lazimnya, biasanya
ruwet- sukar, susah
eksplisit- dinyatakan secara jelas, tiada selindung
nafsi- pentingkan diri
izhar- jelas
pragmatis- praktikal
mangkin yang efektif- usaha yang berkesan
evasif- mengelak, menghindarkan
signifikan- kepentingan
pidana- jenayah, kesalahan






Sajak-Harga Remaja


Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kau penuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?
Remaja amat mahal
Sesungguhnya
tidak terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah pendirian
keberanian dan ilmu
Penuhilah remajamu,
Dengan ketentuan tuju.








Puisi-Ibu


Sungguh besar pergorbananmu,
Sungguh banyak jasamu,
Sanggup berkorban apa saja,
Masa mahupun tenaga.
Jasamu tetap kukenang,
Tidak ternilai harganya,
Seluas lautan setinggi awam,
Tidak terbatas rasanya.

Kasih sayangmu yang abadi,
Tanpa mengira bangsa dan agama.
Tanpa mengira jantina dan usia,
Membawa kebahagiaan,kesejahteraan,
Aku hormat kepadamu sentiasa budimu yang luhur,
Kusanjung selalu.
Kau bahagia atas kejayaanku,
Kau gembira,
Atas ingatanku,
Semoga hatimu bahagia selalu,
Walau dimana kau berada,
Bersama keluarga tercinta.





Pantun-Anti Dadah & Rokok


Cik aminah pergi ke sawah,
Pergi ke sawaah bersama Nana,
Jangan kita dekati dadah,
Untuk menjadi insan berguna.
Berjalan-jalanterjumpa Mazlan,
Terjumpa Mazlan di bawah pokok,
Sayangi diri jadikan amalan,
Jangan terjebak dengan rokok.
Pergi ke kedai bersama Milah,
Berjalan pula di atas titi,
Dadah bukan penyelesaian masalah,
Pasti menyesal suatu hari nanti.
Anak Cik Siti sedang mengelap,
Mengelap lantai sambil berangan,
Jagalah diri jangan tersilap,
Roko bukan barang mainan.

Sajak-Tinta Putih Hitam


Adikku…
Ku berpesan melalui pengalaman,
Walau putih atau hitam bicaraku,
Jadikanlah ia ingatan,
Jadikanlah ia pengajaran,
Buat kenangan tinta terakhirku ini…

Kiranya ini satu madah,
Dendangkanlah ia di telingamu,
Kiranya ini satu coretan,
Ukirkanlah ia di pemikiran,
Sebagai manfaat masa mendatang,
Ini nasihat harus diperingatkan,
Kepada generasi masa hadapan.

Andai hiburan satu kepuasan,
Mengapa ilmu tidak melodikan,
Jika mana agama kau pertahankan,
Mengapa hanya pada kata,
Mengapa tidak pada tindakan…

Andai rakan member perisian,
Carikan mutiara di celahan kaca,
Janganlah engkau mencuba,
Sesuatu yang akan merosakkanmu,
Zaman remaja sememangnya satu kesronokkan,
Tika dosa mudah ditimbul,
Pahala sukar dihitung,
Walau putih atau hitam hidupmu,
Hanya engkau yang dapat membuat pilihan,
warna bagi masa hadapan…

Sajak-Keagungan mu


Ya Muhamad…
Di saat dunia dilanda kegelapan,
Kau lahir membawa seribu sinaran,
Di saat manusia dalam kejahilan,
Kau membawa seribu pengertian,
Di saat akhlak dilanda kenaifan,
Kau hadir membawa seribu kesedaran.

Ya Rasullulah…
Di saat manusia di dalam kesesatan,
Kau hadir tunjukkan jalan,
Di saat dunia dilanda kekejaman,
Kau hadir mencari kedamaian,
Di saat nafsu menjadi keutamaan,
Kau datang membawa seribu keinsafan .
Dikau lahir…
Memberi seribu kegembiraan,
Memberi seribu kecekalan,
Membawa seribu perubatan,
Membawa seribu keajaiban.
Dikau hadir…
Membawa cahaya dalam kegelapan,
Memberi sinar dalam kesamaran,
Memberi pengertian dalam kejahilan,
Memberi keinsafan dalam kekejaman dan
Tiada lagi zaman jahiliah,
Tiada lagi kezaliman,
Tiada lagi kesesatan.






Contoh Karangan Panjang:Budaya Penentu Kemajuan


Budaya merupakan tamadun atau peradaban yang terbentuk daripada kebudayaan atau hidup cara manusia yang merangkumi cara berfikir,bertindak dan berkelkuan.Kemajuan pula merupakan taraf hidup yang dilihat dari segi ekonomi,kkayaan dan pembangunan,kebendaan dan kerohanian seperti moral dan etika.Di sini,jelaslah bahawa budaya yang menjadi elemen pening untuk mncapai kemajuan.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa budaya ilmu akan membawa kemajuan sesebuah bangsa dan negara.Sejarah telah membuktikan kegemilangan Islam di Asia barat telah melahirkan tokoh-toko terkenal seperti Ibnu Sina(Avecena),Al-Khindi,Al-Khawarizmi dan lain-lain.Budaya  ilmu mereka turut meneroka beberapa disiplin ilmu seperti perubatan,geografi,sains,matametik dan sebagainya.Budaya ilmu inilah yang perlu ditimba oleh masyarakat Malaysia agar kemajuan yang lebih gemilang dapat dicapai.
Budaya berlumba-lumba dalam masyarakat merupakan interprestasi daripada tindakan manusia untuk mencapai sesuatu kejayaan.Buadaya berlumba-lumba dalam masyarakat merupakan interprestasi daripada tindakan manusia untuk mencapai sesuatu kejayaan.Budaya berlumba-lumba ini meliputi semua bidang seperti dalam pendidikan,pekerjaan dan sebagainya.Bagi pelajar ,budaya ini akan memberikan semangat yang lebih kepada mereka untuk belajar dan seterusnya mencapai kejayaan.Peradaban manusia telah membuktikan kebenaran hal ini.Semasa revolusi perindustrian yang berlaku di Eropahdalam kurun ke-19 dan 20,manusia berlumba-lumba untuk mencipta alatan untuk kemudahan manusia.Kini,manusia telah mendapat faedah yang maksimum  daripada budaya tersebut.
Dalam pada itu,ketinggian ilmu akan dapat membangunkan sesebuah negara.Lebih daripada itu,ia dapat membentuk etika dan moral seseorang individu.Justeru,ilmu yang menyeluruh ialah ilmu yang dapat membentuk insan supaya bersifat mulia.Hal ini berbeza dengan Barat kerana mereka lebih menekankan satu cabang ilmu yang khusus sahaja yang akhirnya hanya melahirkan masyarakat berilmu,tetapi tidak beretika.Hal ini akan menyebabkan berlakunya gejala-gejala sosial yang  buruk dalam kalangan masyarakat.
Budaya kerja yang menjadi penentu kepada kemajuan bangsa.Bangsa Jepun dan Korea sering dijadikan kiblat oleh negara-negara membangun lain seperti Malaysia untuk meningkatkan kemajuan.Negara matahari terbit ini berjaya meningkatkan kemajuan dalam bidang ekonomi dan teknologi standing dengan Negara Eropah melalui budaya kerja yang diamalkan sejak dahulu.Namun,yang membimbangkan ialah rakyat Malaysia masih lagi dan tidak mahu mencontohi budaya yang baik itu,sebaliknya budaya yang tidak mendatangkan hasil seperti melepak sudah sebati dalam diri mereka.
Selain itu,budaya berhibur juga telah menjadi satu ikutan dalm masyarakat kita.Budaya berhibur dan berfoya-foya ini sebenarnyalebih cenderung kepada amalan membuang masa serta  mengundangkan pelbagai masalah social yang lain.Walaupun pada asalnya tujuan berhibur adalah untuk merehatkan fikiran,tetapi ini boleh melekakan jika dilakukan secar berlebihan.Oleh itu,budaya ini perlu dihindari dalam masyarakat agar tidak membantutkan kemajuan.
Jelaslah bahawa budaya sesuatu kaum atau bangsa itu menjadi faktor penentu kemajuan Negara.Pemupukan budaya ilmu akan menjadikan seseorang itu lebih beretika dan bermoral yang akan menjadikan seseorang itu lebih beretika dan bermoral yang akan menjadi tonggak kepada peradaban bangsa dan negara.Seandainya sesebuah negara itu mencapai kemajuan dalam erti kata yang sebenarnya,bangsa yang mendiaminya juga akan turut sama berasa kemegahannya.

Contoh karangan Rumusan:Pendapat anda tentang memajukan sukan ke peringkat antarabangsa.


Malaysia seharusnya berbangga kerana pencapaian atlet sukan negara di peringkat antarabangsa semakin menyerlah.Mereka tidak lagi hanya sesuai di gelar ‘jaguh kampung’ kerana telah membuktikan bahawa mereka turut mampu bersaing di persada antarabangsa,contohnya dalam sukan badminton,lumba lari,boling dan sebagainya.
Kejayaan para atlet Negara perlulah diberikan pengiktirafan.Hal ini kerana mereka telahmenunjukkan komitmen yang tinggi untuk mencapai kejayaan,bukan sahaja kepada diri sendiri,tetapi  juga kepada negara tercinta.Pengiktirafan ini bertujuan untuk menghargai bakat dan kesungguhan mereka dalam apa-apa jua jenis sukan yang diceburi oleh mereka.
Bukan semua atlet yang bertanding di luar negara telah berjaya mengharumkan nama negara.Ada juga yang pulang ke tanah air dengan tangan kosong sahaja.Yang lebih menyedihkan,mereka terkandas pada saat-saat awal lagi.Oleh itu,kejayaan yang tela icapai oleh atlet yang berjaya di peringkat antarabangsa perlu dihargai dan dijadikan contoh oleh para atlet negara yang lain.Contohnya seperti kejayaan Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak dalam Sukan Olimpik di Beijing.
Para atlet Negara sepatutnya menghargai peluang yang diperoleh oleh mereka untuk bertanding di luar Negara.Mereka sepatutnya menggunakanpeluang yang diberikan itu sebaik mungkin.Mereka perlu menanamkan satu azam dalam diri mereka,iaitu pemergian mereka untuk bertanding itu turut membawa bersama maruah Negara.Dengan keazaman sebegitu,diharapkan mereka akan  lebih bersemangat.
Akhirnya,Kementerian Belia dan Sukan perlu mengambil langkah sewajarnya untuk melahirkan barisan atlet pelapis agar kejayaan ini tidak terhenti di sini sahaja.Barisan atlet pelapis perlu agar negara tidak katandusan atlet.Kita sepatutnya mencontohi Negara jiran kita,Indonesia yang mempuntai atlet pelapis yang ramai.








Contoh Karangan Rumusan:Rasuah


Rasuah atau dikenali sebagai makan suap merupakan amalan yang keji.Sungguhpun begitu,amalan ini  masih berleluasa sejak kebelakangan ini.Amalan yang dianggap hina ini bukan sahaja dilakukan oleh orang biasa,malahan turut melibatkan pemimpin negara.Amalan rasuah ini boleh berlaku di mana-mana sahaja,tidak kira di dalam negara atau di luar negara.
Masyarakat umum sudah sedia maklum bahawa amalan rasuah ini adalah salah di sisi undang-undang dan juga agama.Setiap agama dan fahaman yang wujud di dunia ini melarang pengikutnya mengamalkan rasuah.Hal ini kerana,rasuah bukan sahaja akan menghancurkan diri pengamalnya malah lambat-laun akan menghancurkan diri pengamalnya malah lambat-laun akn menghancurkan Negara sekiranya amalan ini tidak dibendung.
Rasuah boleh merosakkan sesebuah negara.Negara yang maju dan berdaulat pun pasti akan musnah sekiranya rakyat di negara tersebut  mengamalkan rasuah.Sesebuah negara yang mengamalkan  rasuah akan dipandang hina oleh negara luar.Sekiranya hal ini berterusan,sudah pastilah negara tersebut mengalami  kerugian dalam aspek,terutamanya ekonomi kerana negara lain tidak akan menjalankan sebarang aktiviti ekonomi dengan pengamal rasuah.
Pengamal rasuah perlu dihukum untuk menginsafkan mereka.Pengamal rasuah bukan sahaja melibatkan pemberi rasuah,malah penerimanya juga.Mereka ini harus dikenakan hukuman yang setimpal agar tidak mengulang perbuatan terkutuk ini lagi.Selain itu,dengan cara ini akan menakutkan pihak lain untuk melakukan perbuatan yang sama.
Kesimpulannya,setiap rakyat di Negara ini perlu etanggungjawab untuk melaporkan kejadian rasuah kepada pihak berwajib agar langkah pencegahan dapat diambil dengan segera.Setiap hukuman yang dikenakan mampu menyedarkan pengamal rasuah agar tidak melakukan kesalahan yang sama buat kali kedua.








Puisi-Pesan GUruku


Semalam,hari ini,esok
dan seterusnya,
Selagi aku bergelar pelajar,
Guruku sentiasa akan berpesan….
Guruku berpesan,
Hidup adalah sebuah perjuangan,
yang berjaya adalah,
yang pada awalnya menyerah kalah.

Guruku berpesan,
Jangan menjadi pengemis cinta,
Selagi dirimu adalah pelajar,
Kerana ia tiada sempadan,
Kerana ia melalaikan kita,
Tapi jadilah pengemis cinta,
Hanya pada Dia yang Esa.
Guruku berpesan,
Berjuanglah,berusahalah,
Demi mutiara sebuah kejayaan,
Yang menentu arah tuju kehidupanmu..











Rabu, 27 Februari 2013

Sajak SAHABAT


Wahai sahabat,                                                           Dan menasihati mu….
Ketahuilah oleh mu,                                                            Jauhilah semua itu,
Merokok itu pembunuh sepi,                                 Kerana ia akan membelenggu mu,
Ponteng kelas melamar rugi,                                          Kehidupan kacau-bilau,
Berjudi menzalimi diri,                                                        Pelajaran akan hancur,
Mencuri tiada pekerti,                                                           Impian akan berkecai,
Wahai sahabat…                                                                                      Oleh itu,
Aku bukan PM unruk berpolitik,                                               Wahai sahabatku…
Aku buukan hakim untuk menghukum,                                          ……Insaflah!!!
Aku bukan polis untuk menangkap,                                          Demi kebaikkan
Aku bukan guru untuk mengajar,                                                 Dirimu sendiri,
Aku hanyalah insan biasa                                                            Lahirnya manusia
Yang bergelar sahabat,                                                                diiringi dengan azan,
Sahabatku,                                                                                 Perginya manusia dengan solat,
Daripada sahabat kepaa sahabat,                        Begitu singkat hidup manusia hanya diantara azan
Kewajipanku untuk mengingati mu,                                              dan solat,
                              Insaflah wahai sahabatku





Pantun Hidup Berjiran


Sudah penat menanam halia,
Usah memungut buah berangan,
Tolong-menolong amalan mulia.
Kerja yang berat menjadi ringan.
Pergi ke laut membawa pukat,
Ingin menangkap ikan gelama,
Hidup berjiran harus muafakat,
Sebarang masalah selesaikan bersama.

Burung menyambar si ulat bulu,
Anak pelanduk terkena jerat,
Sikap tolenrasi amalkan selalu,
Perpaduan kaum semakin erat.

Bijak sungguh tuan puteri,
Dapat mengarang seloka indah,
Jangan bermusuh sesama sendiri,
Itu hanya mengundang padah.
Nampak berkilat batu permata,
Tatkala disimbah cahaya lilin,
 Berbudi bahasa budaya kita,
Hubungan mesra pasti terjalin.
 

Pantun Empat Kerat Jenaka Dan Sindiran


Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal,
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.
Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap,
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar  tupai membaca kitab.
Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut,
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang,
Hingap menghisap bunga layu,
Hati di dalam menaruh bimbang
Melihat iakan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan,
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.




Pantun Empat Kerat (Budi)


Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang yang mati meninggalkan nama.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.











Contoh karangan berasaskan Peribahasa


Peribahasa merupakan suatu rangkai kata yang banyak digunakan oleh masyarakat pada zaman dahulu untuk tujuan –tujuan tertentu.Ia  mudah  diucapkan dan tidak menyinggung perasaan orang lain.Perkataan-perkataan yang digunakan selalunya melambangkan sesuatu yang terdapat di  sekeliling kehidupan masyarakat pada masa itu.Pada kebiasaannya,faktor alam sekeliling memainkan peranan yang penting  dalam pemilihan perkataan-perkataan yang penting dalam peribahasa.
Peribahasa ‘sedikit-sedikit,lama-lama-lama menjadi bukit’ membawa  maksud sesuatu yang dilakukan secara kecil-kecilan dan terusan  itu akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar.Perkataan-perkataan yang digunakan menunjukkan bahawa faktor alam sekeliling berperanan penting dalam kehidupan manusia.Pada tanggapan dan pandangan masyarakat zaman dahulu,bukit adalah sesuatu yang amat besar dalam kehidupan mereka.Bukit juga merupakan suatu yang banyak menghalang kehidupan mereka.Bukit terpaksa didaki untuk sampai ke sesuatu destinasi.Selain itu,bukit juga diratakan jika mereka ingin mendirikan bangunan di atasnya atau untuk bercucuk tanam.Masyarakat  pada zaman dahulu melihat bukit sebagai sesuatu yang amat besar dan manusia tidak mampu membuatnya.Walau bagaimanapun,mereka berpendapat dengan usaha yang  sedikit tetapi berterusan serta tanpa mengenal erti jemu mereka juga mampu membina sebuah bukit apatah untuk  meruntuhkan atau meratakannya.
Peribahasa ‘sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit’ dicipta dengan tujuan untuk memberikan perangsang kepada masyarakat zaman dahulu supaya berusaha untuk mencapai kejayaan.Usaha-usaha ini pula boleh dilakukan dengan beransur-ansur atau sedikit demi sedikit.Contoh yang paling jelas ialah seorang yang berjimat-cermat dengan mengumul sedikit demi sedikit wang setiap hari.Lama-kelamaan wang yang dikumpulkannya itu akan bertambah jumlahnya.Inilah yan dimaksudkan sebagai bukit,iaitu sesuatu yang besar jumalahnya.
Sifat tekun,sabar  dan gigih adalah ciri-ciri yang ingin disemaikan ke dalam jiwa setiap individu masyarakat pada zaman dahulu khususnya masyarakat Melayu.Dengan tujuan inilah peribahasa ‘sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit’ dicipta.Pepatah Inggeris juga ada menyatakan bahawa  A stitch in times saves nine.Maksud dan tujuannya amat bertepatan dengan peribahasa ini. Peribahasa lain yang mempunyai maksud yang hampir-hampir sama dengannya ialah ‘berakit-rakit ke hulu,berenang-renag ke tepian,bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian’.Walaupun maksudnya agak berbeza tetapi tujuan ia dicipta adalah hampir serupa,iaitu ingin menanamkan semangat berusaha tanpa jemu dengan sabar  dan gigih untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.
Sebagai kesimpulannya peribahasa ‘sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit’matahari  merupakan peribahsa yang ‘ tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas’,ia sesuai dignakan pada zaman dahulu dan pada zaman kini.Dengan itu,adalahh amat wajar usaha tanpa jemu itu digambarkandalam usaha ini kerana ia bukan sahaja akan memberikan perangsang untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan tetapi juga membayangkan segala kesenangan atau keuntungan yang akan dinikmati atas usaha itu.

Contoh karangan bertajuk


 'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia. Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia. Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan gagasan 1 Malaysia. Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi memartabatkan Bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat?
   Langkah-langkah yang patut diambil untuk memartabatkan bahasa melayu termasuklah menggesa semua urusan rasmi dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda. Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih Bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding Bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka. Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga martabat Bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.
   Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan Bahasa Malaysia di peringkat lokal.Jika teras pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan 'melayu'. Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi membejat kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini.
    Sementelahan pula, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan. Jika dilihat dari perspektif berbeza, hal ini dapat menimbulkan nafsi perkauman bahkan tidak sejajar dengan penerapan 1 Malaysia dalam kalangan masyarakat. Maka, polemik ini mungkin tidak dapat mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai agen perpaduan yang utuh bagi semua rakyat di negara ini. Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir secara kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa ibunda secara holistik.
     Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan Bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat rencamangolongan, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai minat umum terhadap keindahan Bahasa Malaysia. Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat.
     Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang sudah dilaksanakan terhadap Bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak. Lihat sahaja di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan pencakar langit, banyak papan tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak. Perkara ini tidak patut dibiarkan berlarutan kerana keupayaannya untuk mencemarkan bahasa adalah tinggi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak harus berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sebaliknya perlu mengambil tindakan undang-undang bagi menyedarkan pihak berkenaan bahawa Bahasa Malaysia bukanlah sebuahwadah mainan komersial. Oleh itu, 'pidana bahasa' ini perlu dibejat bagi mewujudkan rakyat kontemporariyang berpegang teguh dengan bahasa ibunda.
      Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meledakkan darjat Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan Bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada disebut, 'yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi yang indah itu bahasa'. Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.

Contoh karangan: Punca-Punca Pemanasan Global


Kita sering melihat kesan pencemaran alam yang banyak berlaku pada masa ini. Keadaan ini sudah berubah jika dibandingkan dengan suatu masa dahulu iaitu udaranya lebih nyaman serta keadaan cuaca yang tidak terlalu panas. Perkara ini membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan selesa. Walau bagaimanapun, keadaan bumi pada masa kini yang terlalu panas telah memberikan kesan negatif kepada kehidupan manusia dan juga alam sekitar. Hal ini diibaratkan seperti manusia hidup di dalam balang kaca yang panas. Oleh hal yang demikian, masyarakat seharusnya tahu punca-punca yang menyebabkan pemanasan global ini berlaku agar dapat mencari ikhtiar untuk menaganinya.

     Terdapat banyak punca yang menyebabkan pemanasan global, antaranya perkara itu disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terkawal di dunia ini. Hal ini demikian kerana, perkara yang sering kita lihat yang melibatkan aktiviti manusia seperti penerokaan hutan dan pertanian pindah. Mereka membakar kawasan yang telah dijadikan kawasan pertanian untuk dijadikan sebagai baja organik dan mereka membuka pula pertanian baharu di kawasan lain untuk mendapatkan hasil pertanian yang lebih banyak. Namun begitu, secara tidak langsung pembakaran tersebut telah menyebabkan haba terperangkap di udara dan akhirnya menyebabkan suhu semakin panas.

     Selain itu, faktor lain yang menyebabkan berlakunya pemanasan global ialah pembebasan gas-gas yang berbahaya secara tidak terkawal. Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika Syarikat telah disenaraikan sebagai pengeluar gas karbon dioksida terbesar dunia dengan jumlah 60005 tan. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera merupakan penyebab utama pemanasan global yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil, penggunaan minyak petrol dan pembakaran arang batu. Oleh hal yang demikian, pihak yang terlibat secara langsung dalam kes tersebut wajar melakukan anjakan paradigma dan menyembuhkan luka yang dialami oleh bumi ini. Masyarakat juga harus mengatasi masalah ini sebelum ‘nasi menjadi bubur’.

     Di samping itu, kegiatan perindustrian turut menjadi faktor pemanasan global berlaku. Hal ini demikian kerana, kegiatan perindustrian yang pesat membangun akan menghasilkan gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida. Para saintis di Amerika Syarikat telah membuat ramalan bahawa peningkatan suhu bumi akan berlaku sebanyak 45 darjah celcius menjelang tahun 2030. Oleh itu, masyarakat janganlah mengamalkan peribahasa “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Oleh hal yang demikian, mereka seharusnya mencegah perkara-perkara negatif sebelum berlaku selaras dengan pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.

     Pembakaran terbuka juga menjadi punca berlakunya pemanasan global di muka bumi kita ini. Banyak pembakaran terbuka yang telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kesan daripada kegiatan tersebut menyebabkan gas karbon dioksida terhasil serta terbebas di udara dan seterusnya memerangkap haba. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan seharusnya memperketat undang-undang agar mereka tidak berani membuat sebarang kesalahan di muka bumi ini. Rentetan daripada perkara itu, masalah jerebu yang sering melanda dunia juga akan berkurangan. Kita seharusnya sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, iaitu sebelum keadaan bumi kita ini menjadi lebih melarat lagi.

     Namun begitu, masih terdapat faktor lain yang menjadi penyebab kepada pemanasan global seperti pembinaan bangunan pencakar langit. Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, bangunan-bangunan tinggi yang tersergam indah itu juga sebenarnya memberikan impak negatif kepada muka bumi kita ini. Hal ini demikian kerana, pantulan daripada matahari yang menembusi cermin bangunan boleh menyebabkan haba terperap di kawasan atmosfera. Dengan cara ini, masyarakat seharusnya janganlah mengambil mudah seperti melepaskan batuk di tangga, dengan mengejar segala arus pembangunan tetapi menyebabkan kesan negatif kepada hidupan lain. Maka, jelaslah bahawa ketidakseimbangan manusia mengeksploitasi khazanah bumi merupakan faktor berlakunya pemanasan global.

     Kesimpulannya, kemanusiaan yang semakin menipis, iaitu senipis kulit bawang ini merupakan faktor tercetusnya pemanasan global di muka bumi ini. Sehubungan dengan itu, setiap individu dan insan di dunia ini perlu memupuk semangat cinta akan alam sekitar agar bumi yang sedang sakit ini dapat dipulihkan semula. Diharapkan agar fenomena pemanasan global yang sedang melanda dunia sekarang ini akan berakhir dengan segera agar keselamatan dan kesejahteraan hidup makhluk di dunia ini akan berkekalan. Pihak kerajaan pula perlulah lebih peka terhadap masalah global yang semakin bernanah ini malah perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas agar masyarakat lebih prihatin dengan nasib bumi ini. Oleh itu, Mahatma Gandhi pernah berkata, “kita tidak mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita, tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”.












Bunga Sirih untuk Guru


Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.
Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.
Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.
Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.








Abadi Dalam Harum Nama


Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.
Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.
Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama….
Ismala
 photo paris.jpg