Translate

Jumaat, 1 Mac 2013

Contoh karangan Rumusan:Pendapat anda tentang memajukan sukan ke peringkat antarabangsa.


Malaysia seharusnya berbangga kerana pencapaian atlet sukan negara di peringkat antarabangsa semakin menyerlah.Mereka tidak lagi hanya sesuai di gelar ‘jaguh kampung’ kerana telah membuktikan bahawa mereka turut mampu bersaing di persada antarabangsa,contohnya dalam sukan badminton,lumba lari,boling dan sebagainya.
Kejayaan para atlet Negara perlulah diberikan pengiktirafan.Hal ini kerana mereka telahmenunjukkan komitmen yang tinggi untuk mencapai kejayaan,bukan sahaja kepada diri sendiri,tetapi  juga kepada negara tercinta.Pengiktirafan ini bertujuan untuk menghargai bakat dan kesungguhan mereka dalam apa-apa jua jenis sukan yang diceburi oleh mereka.
Bukan semua atlet yang bertanding di luar negara telah berjaya mengharumkan nama negara.Ada juga yang pulang ke tanah air dengan tangan kosong sahaja.Yang lebih menyedihkan,mereka terkandas pada saat-saat awal lagi.Oleh itu,kejayaan yang tela icapai oleh atlet yang berjaya di peringkat antarabangsa perlu dihargai dan dijadikan contoh oleh para atlet negara yang lain.Contohnya seperti kejayaan Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak dalam Sukan Olimpik di Beijing.
Para atlet Negara sepatutnya menghargai peluang yang diperoleh oleh mereka untuk bertanding di luar Negara.Mereka sepatutnya menggunakanpeluang yang diberikan itu sebaik mungkin.Mereka perlu menanamkan satu azam dalam diri mereka,iaitu pemergian mereka untuk bertanding itu turut membawa bersama maruah Negara.Dengan keazaman sebegitu,diharapkan mereka akan  lebih bersemangat.
Akhirnya,Kementerian Belia dan Sukan perlu mengambil langkah sewajarnya untuk melahirkan barisan atlet pelapis agar kejayaan ini tidak terhenti di sini sahaja.Barisan atlet pelapis perlu agar negara tidak katandusan atlet.Kita sepatutnya mencontohi Negara jiran kita,Indonesia yang mempuntai atlet pelapis yang ramai.








1 ulasan:

 photo paris.jpg