Translate

Jumaat, 1 Mac 2013

Kata –kata power SINONIM & ANTONIM


signifikan: kepentingan
diadaptasikan: diubah suai
relevan: rasional, benar
menggesa: mendesak, mengarahkan
diimplementasikan: dilaksanakan
nafsi: pentingkan diri
dominan: berpengaruh
ironinya: sebaliknya, yang bertentangan
mangkin yang efektif: usaha yang berkesan
proaktif: maju
membejat: mengekang, mengatasi
sementelahan pula: tambahan lagi
kemenjadian: perihal menjadi, perihal sesuatu
agen perpaduan: pengaruh kesepunyaan kaum
nafsi perkauman: sifat kesepunyaan kaum
holistik: menyeluruh
rencaman: pelbagai
wadah: alat
kontemporari: zaman kini, era baru
meledakkan: meninggikan
indikator: penunjuk, penanda aras                                                                                                           pro dan kontra: kebaikan dan keburukan
 mengobservasi: memantau, melihat
 ikhtiar: langkah-langkah, usaha
 menekan kemajuan: memperlahankan
 marcapada: kini
 cenderung: lebih gemar
 menggunung: banyak, membukit
 kotak pemikiran: pemikiran
 tulang belakang: tunjang, sendi utama
 norma: adat, kebiasaan 
 eksploitasi: mengambil kesempatan
 sebagai intiha: sebagai contoh
 variasi: pelbagai, berbagai-bagai
 polemik: isu
 efektif: berkesan
 memandang sebelah mata: melihat mudah, tidak serius
 memacu: menyokong, mendorong
 rumpun: negara
 pentarbiahan: pendidikan
 keterjelmaan: kejayaan, keterampilan                                                                           marcapada: kini
 jasmani: jasad, tubuh
 emosi: perasaan
 rohani: roh, semangat
 intelek: ilmu
 inisiatif: ikhtiar
 ironinya: sebaliknya yang berlaku
 obsesi: kegemaran
 anjakan paradigma: lonjakan ke tahap yang lebih baik
 alpa: lupa, leka
 dominan: berpengaruh
 mengerling: memandang
 enteng: mudah
 mengerling enteng: memandang sebelah mata, tidak ambil berat
 mangkin yang efektif: usaha yang berkesan
 holistik: menyeluruh
 pragmatis: praktikal, mudah diamalkan tetapi masih berkesan
 sudah terhantuk baru terngadah: timbul kekesalan selepas sesuatu berlaku
                                                    dominan: pengaruh/kuasa

 eksplisit: dinyatakan secara terang-terangan
 simbolik: sebagai simbol/perlambangan
 ditongkah: ditempuhi
 silabus: sukatan pendidikan
 memangkinkan: menyemarakkan/meningkatkan
 gemblengan: paduan/kerjasama
 masyhur: terkenal
 wadah: medium/medan
 Akhirulkalam: kesimpulannya, konklusinya 
 kemenjadian: hasil yang positif                                                                                                         pandemik- penyakit berjangkit yang merebak ke serata dunia
terkesan- memberikan impak
pentarbiahan- pendidikan, pelajaran
nafsi- pentingkan diri
membukit- tinggi, menggunung
gelombang- wabak
bermaharajalela- berkuasa, terus berlaku
import- masuk
eksport- keluar
Tuntasnya- kesimpulannya, akhirulkalam
polemik- isu, perdebatan
Dasawarsa ini- dewasa ini, kini 
heterogen- pelbagai, berbagai-bagai
ghalibnya- lazimnya, biasanya
ruwet- sukar, susah
eksplisit- dinyatakan secara jelas, tiada selindung
nafsi- pentingkan diri
izhar- jelas
pragmatis- praktikal
mangkin yang efektif- usaha yang berkesan
evasif- mengelak, menghindarkan
signifikan- kepentingan
pidana- jenayah, kesalahan






Sajak-Harga Remaja


Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kau penuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?
Remaja amat mahal
Sesungguhnya
tidak terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah pendirian
keberanian dan ilmu
Penuhilah remajamu,
Dengan ketentuan tuju.








Puisi-Ibu


Sungguh besar pergorbananmu,
Sungguh banyak jasamu,
Sanggup berkorban apa saja,
Masa mahupun tenaga.
Jasamu tetap kukenang,
Tidak ternilai harganya,
Seluas lautan setinggi awam,
Tidak terbatas rasanya.

Kasih sayangmu yang abadi,
Tanpa mengira bangsa dan agama.
Tanpa mengira jantina dan usia,
Membawa kebahagiaan,kesejahteraan,
Aku hormat kepadamu sentiasa budimu yang luhur,
Kusanjung selalu.
Kau bahagia atas kejayaanku,
Kau gembira,
Atas ingatanku,
Semoga hatimu bahagia selalu,
Walau dimana kau berada,
Bersama keluarga tercinta.





Pantun-Anti Dadah & Rokok


Cik aminah pergi ke sawah,
Pergi ke sawaah bersama Nana,
Jangan kita dekati dadah,
Untuk menjadi insan berguna.
Berjalan-jalanterjumpa Mazlan,
Terjumpa Mazlan di bawah pokok,
Sayangi diri jadikan amalan,
Jangan terjebak dengan rokok.
Pergi ke kedai bersama Milah,
Berjalan pula di atas titi,
Dadah bukan penyelesaian masalah,
Pasti menyesal suatu hari nanti.
Anak Cik Siti sedang mengelap,
Mengelap lantai sambil berangan,
Jagalah diri jangan tersilap,
Roko bukan barang mainan.

Sajak-Tinta Putih Hitam


Adikku…
Ku berpesan melalui pengalaman,
Walau putih atau hitam bicaraku,
Jadikanlah ia ingatan,
Jadikanlah ia pengajaran,
Buat kenangan tinta terakhirku ini…

Kiranya ini satu madah,
Dendangkanlah ia di telingamu,
Kiranya ini satu coretan,
Ukirkanlah ia di pemikiran,
Sebagai manfaat masa mendatang,
Ini nasihat harus diperingatkan,
Kepada generasi masa hadapan.

Andai hiburan satu kepuasan,
Mengapa ilmu tidak melodikan,
Jika mana agama kau pertahankan,
Mengapa hanya pada kata,
Mengapa tidak pada tindakan…

Andai rakan member perisian,
Carikan mutiara di celahan kaca,
Janganlah engkau mencuba,
Sesuatu yang akan merosakkanmu,
Zaman remaja sememangnya satu kesronokkan,
Tika dosa mudah ditimbul,
Pahala sukar dihitung,
Walau putih atau hitam hidupmu,
Hanya engkau yang dapat membuat pilihan,
warna bagi masa hadapan…

Sajak-Keagungan mu


Ya Muhamad…
Di saat dunia dilanda kegelapan,
Kau lahir membawa seribu sinaran,
Di saat manusia dalam kejahilan,
Kau membawa seribu pengertian,
Di saat akhlak dilanda kenaifan,
Kau hadir membawa seribu kesedaran.

Ya Rasullulah…
Di saat manusia di dalam kesesatan,
Kau hadir tunjukkan jalan,
Di saat dunia dilanda kekejaman,
Kau hadir mencari kedamaian,
Di saat nafsu menjadi keutamaan,
Kau datang membawa seribu keinsafan .
Dikau lahir…
Memberi seribu kegembiraan,
Memberi seribu kecekalan,
Membawa seribu perubatan,
Membawa seribu keajaiban.
Dikau hadir…
Membawa cahaya dalam kegelapan,
Memberi sinar dalam kesamaran,
Memberi pengertian dalam kejahilan,
Memberi keinsafan dalam kekejaman dan
Tiada lagi zaman jahiliah,
Tiada lagi kezaliman,
Tiada lagi kesesatan.






Contoh Karangan Panjang:Budaya Penentu Kemajuan


Budaya merupakan tamadun atau peradaban yang terbentuk daripada kebudayaan atau hidup cara manusia yang merangkumi cara berfikir,bertindak dan berkelkuan.Kemajuan pula merupakan taraf hidup yang dilihat dari segi ekonomi,kkayaan dan pembangunan,kebendaan dan kerohanian seperti moral dan etika.Di sini,jelaslah bahawa budaya yang menjadi elemen pening untuk mncapai kemajuan.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa budaya ilmu akan membawa kemajuan sesebuah bangsa dan negara.Sejarah telah membuktikan kegemilangan Islam di Asia barat telah melahirkan tokoh-toko terkenal seperti Ibnu Sina(Avecena),Al-Khindi,Al-Khawarizmi dan lain-lain.Budaya  ilmu mereka turut meneroka beberapa disiplin ilmu seperti perubatan,geografi,sains,matametik dan sebagainya.Budaya ilmu inilah yang perlu ditimba oleh masyarakat Malaysia agar kemajuan yang lebih gemilang dapat dicapai.
Budaya berlumba-lumba dalam masyarakat merupakan interprestasi daripada tindakan manusia untuk mencapai sesuatu kejayaan.Buadaya berlumba-lumba dalam masyarakat merupakan interprestasi daripada tindakan manusia untuk mencapai sesuatu kejayaan.Budaya berlumba-lumba ini meliputi semua bidang seperti dalam pendidikan,pekerjaan dan sebagainya.Bagi pelajar ,budaya ini akan memberikan semangat yang lebih kepada mereka untuk belajar dan seterusnya mencapai kejayaan.Peradaban manusia telah membuktikan kebenaran hal ini.Semasa revolusi perindustrian yang berlaku di Eropahdalam kurun ke-19 dan 20,manusia berlumba-lumba untuk mencipta alatan untuk kemudahan manusia.Kini,manusia telah mendapat faedah yang maksimum  daripada budaya tersebut.
Dalam pada itu,ketinggian ilmu akan dapat membangunkan sesebuah negara.Lebih daripada itu,ia dapat membentuk etika dan moral seseorang individu.Justeru,ilmu yang menyeluruh ialah ilmu yang dapat membentuk insan supaya bersifat mulia.Hal ini berbeza dengan Barat kerana mereka lebih menekankan satu cabang ilmu yang khusus sahaja yang akhirnya hanya melahirkan masyarakat berilmu,tetapi tidak beretika.Hal ini akan menyebabkan berlakunya gejala-gejala sosial yang  buruk dalam kalangan masyarakat.
Budaya kerja yang menjadi penentu kepada kemajuan bangsa.Bangsa Jepun dan Korea sering dijadikan kiblat oleh negara-negara membangun lain seperti Malaysia untuk meningkatkan kemajuan.Negara matahari terbit ini berjaya meningkatkan kemajuan dalam bidang ekonomi dan teknologi standing dengan Negara Eropah melalui budaya kerja yang diamalkan sejak dahulu.Namun,yang membimbangkan ialah rakyat Malaysia masih lagi dan tidak mahu mencontohi budaya yang baik itu,sebaliknya budaya yang tidak mendatangkan hasil seperti melepak sudah sebati dalam diri mereka.
Selain itu,budaya berhibur juga telah menjadi satu ikutan dalm masyarakat kita.Budaya berhibur dan berfoya-foya ini sebenarnyalebih cenderung kepada amalan membuang masa serta  mengundangkan pelbagai masalah social yang lain.Walaupun pada asalnya tujuan berhibur adalah untuk merehatkan fikiran,tetapi ini boleh melekakan jika dilakukan secar berlebihan.Oleh itu,budaya ini perlu dihindari dalam masyarakat agar tidak membantutkan kemajuan.
Jelaslah bahawa budaya sesuatu kaum atau bangsa itu menjadi faktor penentu kemajuan Negara.Pemupukan budaya ilmu akan menjadikan seseorang itu lebih beretika dan bermoral yang akan menjadikan seseorang itu lebih beretika dan bermoral yang akan menjadi tonggak kepada peradaban bangsa dan negara.Seandainya sesebuah negara itu mencapai kemajuan dalam erti kata yang sebenarnya,bangsa yang mendiaminya juga akan turut sama berasa kemegahannya.

Contoh karangan Rumusan:Pendapat anda tentang memajukan sukan ke peringkat antarabangsa.


Malaysia seharusnya berbangga kerana pencapaian atlet sukan negara di peringkat antarabangsa semakin menyerlah.Mereka tidak lagi hanya sesuai di gelar ‘jaguh kampung’ kerana telah membuktikan bahawa mereka turut mampu bersaing di persada antarabangsa,contohnya dalam sukan badminton,lumba lari,boling dan sebagainya.
Kejayaan para atlet Negara perlulah diberikan pengiktirafan.Hal ini kerana mereka telahmenunjukkan komitmen yang tinggi untuk mencapai kejayaan,bukan sahaja kepada diri sendiri,tetapi  juga kepada negara tercinta.Pengiktirafan ini bertujuan untuk menghargai bakat dan kesungguhan mereka dalam apa-apa jua jenis sukan yang diceburi oleh mereka.
Bukan semua atlet yang bertanding di luar negara telah berjaya mengharumkan nama negara.Ada juga yang pulang ke tanah air dengan tangan kosong sahaja.Yang lebih menyedihkan,mereka terkandas pada saat-saat awal lagi.Oleh itu,kejayaan yang tela icapai oleh atlet yang berjaya di peringkat antarabangsa perlu dihargai dan dijadikan contoh oleh para atlet negara yang lain.Contohnya seperti kejayaan Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak dalam Sukan Olimpik di Beijing.
Para atlet Negara sepatutnya menghargai peluang yang diperoleh oleh mereka untuk bertanding di luar Negara.Mereka sepatutnya menggunakanpeluang yang diberikan itu sebaik mungkin.Mereka perlu menanamkan satu azam dalam diri mereka,iaitu pemergian mereka untuk bertanding itu turut membawa bersama maruah Negara.Dengan keazaman sebegitu,diharapkan mereka akan  lebih bersemangat.
Akhirnya,Kementerian Belia dan Sukan perlu mengambil langkah sewajarnya untuk melahirkan barisan atlet pelapis agar kejayaan ini tidak terhenti di sini sahaja.Barisan atlet pelapis perlu agar negara tidak katandusan atlet.Kita sepatutnya mencontohi Negara jiran kita,Indonesia yang mempuntai atlet pelapis yang ramai.








Contoh Karangan Rumusan:Rasuah


Rasuah atau dikenali sebagai makan suap merupakan amalan yang keji.Sungguhpun begitu,amalan ini  masih berleluasa sejak kebelakangan ini.Amalan yang dianggap hina ini bukan sahaja dilakukan oleh orang biasa,malahan turut melibatkan pemimpin negara.Amalan rasuah ini boleh berlaku di mana-mana sahaja,tidak kira di dalam negara atau di luar negara.
Masyarakat umum sudah sedia maklum bahawa amalan rasuah ini adalah salah di sisi undang-undang dan juga agama.Setiap agama dan fahaman yang wujud di dunia ini melarang pengikutnya mengamalkan rasuah.Hal ini kerana,rasuah bukan sahaja akan menghancurkan diri pengamalnya malah lambat-laun akan menghancurkan diri pengamalnya malah lambat-laun akn menghancurkan Negara sekiranya amalan ini tidak dibendung.
Rasuah boleh merosakkan sesebuah negara.Negara yang maju dan berdaulat pun pasti akan musnah sekiranya rakyat di negara tersebut  mengamalkan rasuah.Sesebuah negara yang mengamalkan  rasuah akan dipandang hina oleh negara luar.Sekiranya hal ini berterusan,sudah pastilah negara tersebut mengalami  kerugian dalam aspek,terutamanya ekonomi kerana negara lain tidak akan menjalankan sebarang aktiviti ekonomi dengan pengamal rasuah.
Pengamal rasuah perlu dihukum untuk menginsafkan mereka.Pengamal rasuah bukan sahaja melibatkan pemberi rasuah,malah penerimanya juga.Mereka ini harus dikenakan hukuman yang setimpal agar tidak mengulang perbuatan terkutuk ini lagi.Selain itu,dengan cara ini akan menakutkan pihak lain untuk melakukan perbuatan yang sama.
Kesimpulannya,setiap rakyat di Negara ini perlu etanggungjawab untuk melaporkan kejadian rasuah kepada pihak berwajib agar langkah pencegahan dapat diambil dengan segera.Setiap hukuman yang dikenakan mampu menyedarkan pengamal rasuah agar tidak melakukan kesalahan yang sama buat kali kedua.








Puisi-Pesan GUruku


Semalam,hari ini,esok
dan seterusnya,
Selagi aku bergelar pelajar,
Guruku sentiasa akan berpesan….
Guruku berpesan,
Hidup adalah sebuah perjuangan,
yang berjaya adalah,
yang pada awalnya menyerah kalah.

Guruku berpesan,
Jangan menjadi pengemis cinta,
Selagi dirimu adalah pelajar,
Kerana ia tiada sempadan,
Kerana ia melalaikan kita,
Tapi jadilah pengemis cinta,
Hanya pada Dia yang Esa.
Guruku berpesan,
Berjuanglah,berusahalah,
Demi mutiara sebuah kejayaan,
Yang menentu arah tuju kehidupanmu..











 photo paris.jpg