Translate

Rabu, 27 Februari 2013

Contoh karangan berasaskan Peribahasa


Peribahasa merupakan suatu rangkai kata yang banyak digunakan oleh masyarakat pada zaman dahulu untuk tujuan –tujuan tertentu.Ia  mudah  diucapkan dan tidak menyinggung perasaan orang lain.Perkataan-perkataan yang digunakan selalunya melambangkan sesuatu yang terdapat di  sekeliling kehidupan masyarakat pada masa itu.Pada kebiasaannya,faktor alam sekeliling memainkan peranan yang penting  dalam pemilihan perkataan-perkataan yang penting dalam peribahasa.
Peribahasa ‘sedikit-sedikit,lama-lama-lama menjadi bukit’ membawa  maksud sesuatu yang dilakukan secara kecil-kecilan dan terusan  itu akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar.Perkataan-perkataan yang digunakan menunjukkan bahawa faktor alam sekeliling berperanan penting dalam kehidupan manusia.Pada tanggapan dan pandangan masyarakat zaman dahulu,bukit adalah sesuatu yang amat besar dalam kehidupan mereka.Bukit juga merupakan suatu yang banyak menghalang kehidupan mereka.Bukit terpaksa didaki untuk sampai ke sesuatu destinasi.Selain itu,bukit juga diratakan jika mereka ingin mendirikan bangunan di atasnya atau untuk bercucuk tanam.Masyarakat  pada zaman dahulu melihat bukit sebagai sesuatu yang amat besar dan manusia tidak mampu membuatnya.Walau bagaimanapun,mereka berpendapat dengan usaha yang  sedikit tetapi berterusan serta tanpa mengenal erti jemu mereka juga mampu membina sebuah bukit apatah untuk  meruntuhkan atau meratakannya.
Peribahasa ‘sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit’ dicipta dengan tujuan untuk memberikan perangsang kepada masyarakat zaman dahulu supaya berusaha untuk mencapai kejayaan.Usaha-usaha ini pula boleh dilakukan dengan beransur-ansur atau sedikit demi sedikit.Contoh yang paling jelas ialah seorang yang berjimat-cermat dengan mengumul sedikit demi sedikit wang setiap hari.Lama-kelamaan wang yang dikumpulkannya itu akan bertambah jumlahnya.Inilah yan dimaksudkan sebagai bukit,iaitu sesuatu yang besar jumalahnya.
Sifat tekun,sabar  dan gigih adalah ciri-ciri yang ingin disemaikan ke dalam jiwa setiap individu masyarakat pada zaman dahulu khususnya masyarakat Melayu.Dengan tujuan inilah peribahasa ‘sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit’ dicipta.Pepatah Inggeris juga ada menyatakan bahawa  A stitch in times saves nine.Maksud dan tujuannya amat bertepatan dengan peribahasa ini. Peribahasa lain yang mempunyai maksud yang hampir-hampir sama dengannya ialah ‘berakit-rakit ke hulu,berenang-renag ke tepian,bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian’.Walaupun maksudnya agak berbeza tetapi tujuan ia dicipta adalah hampir serupa,iaitu ingin menanamkan semangat berusaha tanpa jemu dengan sabar  dan gigih untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.
Sebagai kesimpulannya peribahasa ‘sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit’matahari  merupakan peribahsa yang ‘ tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas’,ia sesuai dignakan pada zaman dahulu dan pada zaman kini.Dengan itu,adalahh amat wajar usaha tanpa jemu itu digambarkandalam usaha ini kerana ia bukan sahaja akan memberikan perangsang untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan tetapi juga membayangkan segala kesenangan atau keuntungan yang akan dinikmati atas usaha itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 photo paris.jpg