Translate

Jumaat, 1 Mac 2013

Contoh Karangan Rumusan:Rasuah


Rasuah atau dikenali sebagai makan suap merupakan amalan yang keji.Sungguhpun begitu,amalan ini  masih berleluasa sejak kebelakangan ini.Amalan yang dianggap hina ini bukan sahaja dilakukan oleh orang biasa,malahan turut melibatkan pemimpin negara.Amalan rasuah ini boleh berlaku di mana-mana sahaja,tidak kira di dalam negara atau di luar negara.
Masyarakat umum sudah sedia maklum bahawa amalan rasuah ini adalah salah di sisi undang-undang dan juga agama.Setiap agama dan fahaman yang wujud di dunia ini melarang pengikutnya mengamalkan rasuah.Hal ini kerana,rasuah bukan sahaja akan menghancurkan diri pengamalnya malah lambat-laun akan menghancurkan diri pengamalnya malah lambat-laun akn menghancurkan Negara sekiranya amalan ini tidak dibendung.
Rasuah boleh merosakkan sesebuah negara.Negara yang maju dan berdaulat pun pasti akan musnah sekiranya rakyat di negara tersebut  mengamalkan rasuah.Sesebuah negara yang mengamalkan  rasuah akan dipandang hina oleh negara luar.Sekiranya hal ini berterusan,sudah pastilah negara tersebut mengalami  kerugian dalam aspek,terutamanya ekonomi kerana negara lain tidak akan menjalankan sebarang aktiviti ekonomi dengan pengamal rasuah.
Pengamal rasuah perlu dihukum untuk menginsafkan mereka.Pengamal rasuah bukan sahaja melibatkan pemberi rasuah,malah penerimanya juga.Mereka ini harus dikenakan hukuman yang setimpal agar tidak mengulang perbuatan terkutuk ini lagi.Selain itu,dengan cara ini akan menakutkan pihak lain untuk melakukan perbuatan yang sama.
Kesimpulannya,setiap rakyat di Negara ini perlu etanggungjawab untuk melaporkan kejadian rasuah kepada pihak berwajib agar langkah pencegahan dapat diambil dengan segera.Setiap hukuman yang dikenakan mampu menyedarkan pengamal rasuah agar tidak melakukan kesalahan yang sama buat kali kedua.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 photo paris.jpg